PESANAN ALAM UNTUK MANUSIA

  • By Intan
  • Poetry
  • By Intan
  • Poetry

Pesanan Untuk Alam Manusia

Seiring dengan bencana,
Aku berjalan merentas dunia,
Melihat tangisan alam yang tiada kasihannya,
Kerana kealpaan manusia mengejar prasana,
Tenggelamlah rumah tinggalnya manusia.

Adakah ini juga suara si flora dan fauna?
Kerana rumahnya telah kita sita,
Demi wang ringgit semata-mata,
Bahasa alam sungguh berbeza,
Pesanan alam untuk menyedarkan kita.

Tenggelamlah semua hiasan dan dunia yang kita bangga,
Air deras menutupi serakah manusia,
Tinggallah serkam tangisan sukma,
Salah siapa ini semua?

Wahai alam dan manusia berdamailah,
Kerana kita bergantung sesama kita,
Usahlah ditambah kerosakkan yang ada,
Biar burung terbang di angkasa,
Biarlah pohon itu tegak sentiasa,
Biarlah alam bergerak dengan sebaik normanya,
Kerana itulah hitungan alam dan takdirnya,
Kita manusia hanya menjaga seutuhnya,
Amanah dari Tuhan kepada manusia yang berakal minda.

Check Out Our Other Stories